Sunday, October 3, 2010

Sepintas Lalu ^_^*

alhamdulillah, akhirnya ada juga idea untukku kongsikan..
.........
kehidupan tak semestinya indah, namun pemikiran kita yang akan memberi kesan kepada tahap penerimaan kita terhadap sesuatu situasi.
setiap insan melalui pelbagai perkara dalam waktu semalam, hari ini, dan esok..
begitu juga diriku..
semalam aku masih merangkak, belajar A,B,C di tadika, belajar mengenal number, melangkah ke alam sekolah rendah yang penuh dengan pelbagai cabaran,
melangkah ke alam sekolah menengah dan mengenal sejarah, pengajian am, dan persahabatan yang tulus,
semalam juga, aku mengenal cinta monyet, cinta tak berbalas, dan cinta yang tak inginku balas,
dan hari ini, aku duduk dibawah meja study sambil menaip idea2 yang dapatku kongsikan disini..
hari ini, alhamdulillah, aku duduk dalam bilik, asrama universiti, universiti malaysia..
ya, aku kekadang bosan dengan duniawi,
namun inilah duniaku...
aku ketandusan kasih sayang manusia,
namun aku bersyukur kerana masih ada kasih sayang dari yang ESA..
^-^* lucu tengok muka sahabat(roomate) yang mngetuk pintu dari tadi..baru aku perasan rupanya pintu dikunci oleh roomate yg satu lg heheheee...
sambung balik...
aku pernah marasa kecewa, sedih dengan pemergian insan yang aku sayang iaitu arwah abahku..
ya, aku mnyanynginya..
amat mnyanyanginya, walaupun dia bengis, namun aku bangga memiliki abah sepertinya..
aku masih ada seorang ibu, insyaALLAH 9 oktober ni tarikh pernikahannya dgn pilihan hatinya...
emosiku terganggu,aku inginkan perhatian seperti dahulu namun semua akan berubah...
yup, semua akan berubah..
kerana aku rasa diriku, adik-adikku terabai...
hahaaaa lucukan..
.........
well, itulah lumrah hidup yang perlu aku terima..
cuma satu..
walau itu takdirnya, aku percaya ALLAH SWT telah mengaturkan yang terbaik untuk hambanya.
..................................................................................................................................................
cinta? ah, malas aku nak cakap tentang cinta lelaki, perempuan..
aku jatuh cinta pada al-quran ketika mendengar bacaan dalam tv1, yang lagi penting tafsiran yang disediakan.
maklumlah,aku bukan pandai berbahasa arab..
aku suka mendengar kak roomateku mmbaca al-quran, biasa jer tak macam qariah2 masyur, tapi aku dapat rasa ketenangannya..
hobi? aku minat layari facebook, lepak kat library, tidur, dan makan gula2..
selain tu?
aku jatuh cinta pada dunia fotografi sejak dahulu lagi,
namun aku perlu mengasah bakat dalam diriku lagi..
...................................................................................................................................................
islam adalah cara hidupku,
aku tak dapat lari dari dunia realiti ini..
aku bersyukur dilahrkan dalam islam,
kerana dapat menumpang kasih yang maha ESA..
well, korang takyah nak emo2..
aku tak jentik sesiapa pun ok ^_^*

Friday, October 1, 2010

2/10/10

Alhamdulillah, hari pertama blog "Miss Melissa" lahir di dunia maya.




pic di atas> bukan mudah untuk kita mahir dalam sesuatu perkara tanpa keinginan yang kuat untuk mempelajarinya.
moral of value: aku amat meminati bidang blog, telah aku lamar menjadi hobiku ^_^*